Mari Story2 dlu


Sunday, February 22, 2009

Tahun 2009 tahun sukar dan lebih mencabar!

Oleh Melati Mohd Ariff
PUTRAJAYA, 12 Feb (Bernama)
"Pelbagai Usaha Lindungi Kepentingan Pengguna Dalam Kegawatan Ekonomi"

PANTAU BERTERUSAN

Di samping pelbagai kempen yang diadakan, pemantauan harga barang perlu dibuat secara berterusan khususnya untuk membendung manipulasi harga oleh peniaga dan mendidik mereka supaya beretika.

Dalam hal ini, Majlis Harga Barang Negara (MHBN)yang diwujudkan kerajaan pada 22 Jan 2008 menggalas tugas besar.

Penubuhan majlis itu sendiri dibuat ekoran isu kenaikan harga dan masalah bekalan barang perlu yang rata-rata menjejaskan kehidupan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah serta penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Ketua Urusetia, Sekretariat MHBN, Rodin Mamat berkata kerajaan melantik 2,000 graduan sebagai pegawai pemantau harga (PPH).

Pelantikan itu, jelas beliau, dibuat secara 'kontrak perkhidmatan' selama setahun dan berakhir Mac 2009.

Menurut Rodin, tugas utama PPH adalah membuat kutipan harga runcit harian ke atas 350 barang keperluan pengguna di semua premis perniagaan seperti kedai runcit, pasar basah dan pasar raya.

"Langkah ini untuk mengetahui trend pergerakan harga runcit supaya peniaga tidak mengambil kesempatan membuat keuntungan melampau dan memastikan bekalan di pihak peruncit sentiasa ada," jelasnya.

Beliau berkata harga yang dikumpulkan itu juga dipamerkan di bawah program 'Price Watch' yang dipaparkan di laman web KPDNHEP.

Di samping itu, katanya, PPH juga berperanan memantau pelaksanaan projek perintis pengedaran barang bersubsidi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Pekan (Pahang), Saratok (Sarawak) dan Sipitang (Sabah).

No comments: