Mari Story2 dlu


Monday, September 15, 2008

PPH BUKAN KAKITANGAN AWAM..... terimalah kenyataan

by PPH Sandakan (represent the whole PPH of the WORLD)
Apakah yang di maksudkan dengan "contract of service" dan contract for service. Bagaimanakah PPH tidak dianggap sebagai Kakitangan awam sedangkan dalam surat tawaran dan kontrak bertulis menyatakan PPH sebagai tertakluk kepada tugas-tugas dan kerja seorang Pegawai Awam. Juga dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2008 tidak menyatakan langsung mengenai contract of service and so on. Kami tidak tamakkan bonus dan imbuhan cuma ingin kami tegas kan di sini, "BENARKAH PPH TIDAK DI ANGGAP SEBAGAI KAKITANGAN AWAM" walaupun kami berstatus kontrak.

by Bhg. Khidmat Pengurusan & Kewangan KPDNHEP
Sehingga hari ini, masih terdapat kekeliruan (how come?) berhubung pembayaran bonus Pegawai Pemantau Harga. Sehubungan itu, sekali lagi dimaklumkan bahawa PPH tidak layak dibayar bonus kerana mereka dilantik secara Contract FOR service. Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 Tahun 2008 tidak terpakai untuk PPH, ianya hanya terpakai untuk pegawai kontrak iaitu kategori Contract OF service sahaja. Turut dimaklumkan bahawa perkara ini telah disahkan oleh pihak Perbendaharaan Malaysia yang dihubungi sekali lagi pada pagi tadi

by Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPDNHEP
Merujuk kepada maklumat yang diperolehi dari Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), adalah dimaklumkan bahawa para Pegawai Pemantau Harga MHBN tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi 2008 (bayaran bonus).Ini kerana pelantikan pegawai-pegawai ini adalah secara contract for service dan pegawai lantikan ini tidak dianggap sebagai pegawai awam. (HOW SAD!)

by Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Khidmat Pengurusan
Dimaklumkan bahawa pegawai lantikan contract for service tidak dianggap sebagai pegawai awam dan tidak layak menikmati pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Harap maklum.


So........... kita bukan kakitangan awam............. how hard it is.... we hv to admit that!! so guyss.......... u betta check out for a new joB ASAP !!!

No comments: