Mari Story2 dlu


Thursday, September 25, 2008

A Say

Assalaamaualaikum dan Salam Sejahtera,

Merujuk kepada email yang dihantar oleh PPH dari PPDNHEP Wilayah Persekutuan amatlah mengejutkan dan menghampakan. Saya mewakili anggota PPH dari MHBN Cawangan Lahad Datu tidak bersetuju dengan pandangan yang dilemparkan oleh PPH Wilayah Persekutuan tersebut. Cara dan pendekatan yang diambil oleh PPH Wilayah Persekutuan tersebut adalah tidak wajar. Kita sebagai salah satu organisasi Kerajaan, kita ada struktur dan carta aliran (workflow) yang dibentuk sebagai pemudah cara menyampaikan sebarang pandangan dan perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu diperingkat bawahan sebelum usul dibawa keperingkat atasan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak atasan haruslah dihormati dan diterima dengan rasa tanggungjawab.

Diharap, semua warga PPH seluruh negara menanamkan komitmen tinggi dan keikhlasan dalam menjalankan tugasan yang diberi. Kerjasama dan saling memahami dalam melaksanakan tangggugjawab amat penting agar warga PPH menjadi satu pasukan yang diperakui peranannya dalam tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian.

Ketua Penyelia PPH Caw.Lahad Datu,
AZMI KARIM

1 comment:

PPH PERLIS said...

Hi everyone...
Selamat menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Tahniah kerana rakan-rakan sekelian telah pun mempunyai laman blog. Di harap satu hari nanti semua PPH seluruh malaysia mempunyai blog seperti kita. Ini merupakan medium terbaik dalam mengeratkan hubungan kita sebagai keluarga PPH.

Selamat Bekerja rakan-rakan di Lahad Datu..